Friday, February 11, 2011

kahwin muda: BAHAGIA atau SEBALIKNYA..

“Oh! mama, aku mau kahwin, kahwin dengan siapa, dengan siapa saja..HEHE..best kan lagu nie...Itulah sebahagian lirik lagu Oh mama, aku mau kahwin, nyanyian Allahyarham Dato’ Ahmad Daud yang menjadi siulan anak remaja pada hujung tahun 60-an.. tetibe je teringatkan lagu nie..bukan apa..tetibe terasa nak KAWIN. 
tp bila fikir fikir, aku nie muda lagi kak ooi..mcm mana nk kawin...blaja pun belum habis..duit pun nk makan xcukup..mcm mana lah nak kawin... kalau lah aku tetibe cakap kat mak aku yang aku nak kawin, kompem2 lah mak aku akan cakap...


" gatalnya lah nok kawin..blajo dop abis lagi gatal nok kawin dah..blaja gak abis2 dulu,buleh keje molek2,tanggung mak ayah dulu..pah tu baru lah kawin ke menda ker!"


boleh aku bayangkan jawapan mak aku macam mana...tp kalau ak ditakdirkan nk kawin ngan anak datuk ker,anak kerabat raja ker,anak tan sri ker(*berangan jer nih,jgn nyampah ok), mesti mak aku akan jawab..


" kawinlah nak..dok salah kawin muda..mak dulu pon kawin muda jugak..asalkan lepas kawin tu jangan lupakan mak doh la..bantu2 lah mak kat kampung ni jugak" 


hahaha...watever lah mak..apa kata mak sy ikut jer...SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU kan....


kawin muda tak salah..tapi persoalannya, kawin muda nie bahagia atau sebaliknya?? sini aku nak kongsikan sikit info pasal kawin muda ngan korang yg aku share dari 1 laman web..ni utk rujukan korang dan jugak tuk aku sendiri...ni adalah semata2 utk pengetahuan kita bersama bukan sebab aku ni mmg gatal nak kawin yer...hehehe...





Perkahwinan adalah lumrah hidup setiap manusia yang telah ditetapkan sejak azali lagi. Allah telah menjadikan makhluknya untuk hidup berpasangan-pasangan seperti firman Allah yang bermaksud, “Tiap-tiap sesuatu Kami jadikan berpasang-pasangan (jantan betina), mudah-mudahan kamu menerima peringatan.” (Surah Az-Zariyaat: Ayat 49).

Allah berfirman yang bermaksud, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah Ar-Rum: Ayat 12).

Namun, persoalannya adakah berkahwin dalam peringkat usia yang masih muda atau ibarat “baru setahun jagung” akan mendapat kebahagian yang abadi? Atau perkahwinan yang dibina hanya setakat dapat bertahan dalam lingkungan dua tiga tahun sahaja?

Tidak salah untuk berkahwin muda, jika keputusan itu diambil untuk mengelakkan diri dari melakukan maksiat. Tetapi, ia juga bergantung kepada keupayaan pasangan tersebut berfikir secara rasional dan matang, dalam mengharungi pelbagai dugaan apabila berada di alam perkahwinan.

Sebagaimana lirik lagu nyanyian seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang berbunyi “sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, apa guna kita bertengkar, suami isteri harus bersabar, buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi, suami isteri harus berpakat, rumah tangga mendapat berkat, kasih sayang rukun dan damai, hidup seperti dalam mahligai”.

Lirik lagu yang terkenal pada zaman 50-an ini, membawa maksud yang sangat mendalam bagi menempuh liku-liku kehidupan sebagai suami isteri. Perkahwinan tidak mengenal erti penat dan lelah, jika perkahwinan sekadar memenuhi tuntunan nafsu syahwat sahaja, dua tiga tahun selepas itu ia akan berakhir dengan perceraian yang ternyata membawa kerugian kepada kedua belah pihak.

Ibu bapa seharusnya mengambil berat dan memandang serius mengenai perkara ini kerana ia melibatkan masa depan anak-anak mereka sebelum mereka mendirikan rumah tangga. Peranan yang sangat besar akan ditanggung oleh individu-individu yang bergelar suami isteri. Ini kerana di usia muda, mereka mengganggap perkahwinan adalah untuk suka-suka. Ia boleh mendatangkan kesan yang buruk apabila pasangan yang berkahwin ini akan mendapat cahaya mata.

Menurut Kaunselor Universiti Utara Malaysia, Faezah Nayan, ketahanan sistem pasangan kahwin muda mungkin mengikut peredaran zaman, jika dilihat pada zaman sekarang terdapat banyak pengaruh yang kadang-kadang menjadikan perkahwinan sebagai penyelamat. “Pendidikan dan ilmu agama yang cukup boleh meningkatkan mutu sistem perkahwinan itu sendiri, walaupun pasangan tersebut berkahwin muda. Apabila mempunyai pendidikan, akan ada rasa tanggungjawab terhadap pasangan dan keluarga yang bakal dibina kelak,” katanya ketika ditemuramah di pejabatnya baru-baru ini.

Pembangunan dalam perkahwinan itu sendiri bergantung kepada banyak faktor penting, antaranya ialah tahap ekonomi yang baik, agama yang kukuh dan berfikiran matang. Bagi pasangan yang bakal melayari bahtera perkahwinan, persediaan bagi meningkatkan faktor di atas, sedikit sebanyak dapat meningkatkan mutu perkahwinan.

Tidak salah untuk pasangan muda itu mendirikan rumah tangga bagi mencari kebahagiaan awal dalam kehidupan mereka. Perkahwinan di usia muda juga boleh menjauhkan diri pasangan tersebut dari melakukan perkara yang menyalahi hukum agama.Namun mereka perlu beringat bahawa perkahwinan adalah perkara yang serius dan ia perlulah kekal hingga ke akhir hayat. Kebahagian pasangan muda terletak di bahu pasangan itu sendiri dalam menghadapi dunia kekeluargaan dan tidak salah jika perkahwinan itu adalah disebabkan oleh persetujuan pasangan itu sendiri serta mendapat restu kedua ibu bapa mereka
.



so,apa mcm kawan2? dah buat keputusan ker nak kawin awal ke tak? ermm bagi aku xkisah la kawin muda ker,dewasa ker,lanjut usia ker...asalkan kalau jodoh tu dah sampai dan dah dapat restu dari keluarga, aku ON jer..hahaha..(sebenarnya xsabar)...
apa2pon, sebaiknya berdoa supaya jodoh yang dititipkan buat kita nanti adalah jodoh yang soleh/solehah dan boleh membimbing dan juga rumahtangga yang dibina kelak jgn sekadar hangat2 tahi ayam jer,mudah2an kekal la sampai hujung nyawa hendaknya...amiin...

p/s: dah berangan nak kawin ala2 garden wedding gitu pastu honeymoon kat undiscovered island...ermmm...besh2...

No comments:

Post a Comment