Sunday, February 27, 2011

-BILA LELAKI KEHILANGAN TULANG RUSUKNYA-

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak
cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.

*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan
*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?? *

Friday, February 11, 2011

kahwin muda: BAHAGIA atau SEBALIKNYA..

“Oh! mama, aku mau kahwin, kahwin dengan siapa, dengan siapa saja..HEHE..best kan lagu nie...Itulah sebahagian lirik lagu Oh mama, aku mau kahwin, nyanyian Allahyarham Dato’ Ahmad Daud yang menjadi siulan anak remaja pada hujung tahun 60-an.. tetibe je teringatkan lagu nie..bukan apa..tetibe terasa nak KAWIN. 
tp bila fikir fikir, aku nie muda lagi kak ooi..mcm mana nk kawin...blaja pun belum habis..duit pun nk makan xcukup..mcm mana lah nak kawin... kalau lah aku tetibe cakap kat mak aku yang aku nak kawin, kompem2 lah mak aku akan cakap...


" gatalnya lah nok kawin..blajo dop abis lagi gatal nok kawin dah..blaja gak abis2 dulu,buleh keje molek2,tanggung mak ayah dulu..pah tu baru lah kawin ke menda ker!"


boleh aku bayangkan jawapan mak aku macam mana...tp kalau ak ditakdirkan nk kawin ngan anak datuk ker,anak kerabat raja ker,anak tan sri ker(*berangan jer nih,jgn nyampah ok), mesti mak aku akan jawab..


" kawinlah nak..dok salah kawin muda..mak dulu pon kawin muda jugak..asalkan lepas kawin tu jangan lupakan mak doh la..bantu2 lah mak kat kampung ni jugak" 


hahaha...watever lah mak..apa kata mak sy ikut jer...SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU kan....


kawin muda tak salah..tapi persoalannya, kawin muda nie bahagia atau sebaliknya?? sini aku nak kongsikan sikit info pasal kawin muda ngan korang yg aku share dari 1 laman web..ni utk rujukan korang dan jugak tuk aku sendiri...ni adalah semata2 utk pengetahuan kita bersama bukan sebab aku ni mmg gatal nak kawin yer...hehehe...





Perkahwinan adalah lumrah hidup setiap manusia yang telah ditetapkan sejak azali lagi. Allah telah menjadikan makhluknya untuk hidup berpasangan-pasangan seperti firman Allah yang bermaksud, “Tiap-tiap sesuatu Kami jadikan berpasang-pasangan (jantan betina), mudah-mudahan kamu menerima peringatan.” (Surah Az-Zariyaat: Ayat 49).

Allah berfirman yang bermaksud, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah Ar-Rum: Ayat 12).

Namun, persoalannya adakah berkahwin dalam peringkat usia yang masih muda atau ibarat “baru setahun jagung” akan mendapat kebahagian yang abadi? Atau perkahwinan yang dibina hanya setakat dapat bertahan dalam lingkungan dua tiga tahun sahaja?

Tidak salah untuk berkahwin muda, jika keputusan itu diambil untuk mengelakkan diri dari melakukan maksiat. Tetapi, ia juga bergantung kepada keupayaan pasangan tersebut berfikir secara rasional dan matang, dalam mengharungi pelbagai dugaan apabila berada di alam perkahwinan.

Sebagaimana lirik lagu nyanyian seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang berbunyi “sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, apa guna kita bertengkar, suami isteri harus bersabar, buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi, suami isteri harus berpakat, rumah tangga mendapat berkat, kasih sayang rukun dan damai, hidup seperti dalam mahligai”.

Lirik lagu yang terkenal pada zaman 50-an ini, membawa maksud yang sangat mendalam bagi menempuh liku-liku kehidupan sebagai suami isteri. Perkahwinan tidak mengenal erti penat dan lelah, jika perkahwinan sekadar memenuhi tuntunan nafsu syahwat sahaja, dua tiga tahun selepas itu ia akan berakhir dengan perceraian yang ternyata membawa kerugian kepada kedua belah pihak.

Ibu bapa seharusnya mengambil berat dan memandang serius mengenai perkara ini kerana ia melibatkan masa depan anak-anak mereka sebelum mereka mendirikan rumah tangga. Peranan yang sangat besar akan ditanggung oleh individu-individu yang bergelar suami isteri. Ini kerana di usia muda, mereka mengganggap perkahwinan adalah untuk suka-suka. Ia boleh mendatangkan kesan yang buruk apabila pasangan yang berkahwin ini akan mendapat cahaya mata.

Menurut Kaunselor Universiti Utara Malaysia, Faezah Nayan, ketahanan sistem pasangan kahwin muda mungkin mengikut peredaran zaman, jika dilihat pada zaman sekarang terdapat banyak pengaruh yang kadang-kadang menjadikan perkahwinan sebagai penyelamat. “Pendidikan dan ilmu agama yang cukup boleh meningkatkan mutu sistem perkahwinan itu sendiri, walaupun pasangan tersebut berkahwin muda. Apabila mempunyai pendidikan, akan ada rasa tanggungjawab terhadap pasangan dan keluarga yang bakal dibina kelak,” katanya ketika ditemuramah di pejabatnya baru-baru ini.

Pembangunan dalam perkahwinan itu sendiri bergantung kepada banyak faktor penting, antaranya ialah tahap ekonomi yang baik, agama yang kukuh dan berfikiran matang. Bagi pasangan yang bakal melayari bahtera perkahwinan, persediaan bagi meningkatkan faktor di atas, sedikit sebanyak dapat meningkatkan mutu perkahwinan.

Tidak salah untuk pasangan muda itu mendirikan rumah tangga bagi mencari kebahagiaan awal dalam kehidupan mereka. Perkahwinan di usia muda juga boleh menjauhkan diri pasangan tersebut dari melakukan perkara yang menyalahi hukum agama.Namun mereka perlu beringat bahawa perkahwinan adalah perkara yang serius dan ia perlulah kekal hingga ke akhir hayat. Kebahagian pasangan muda terletak di bahu pasangan itu sendiri dalam menghadapi dunia kekeluargaan dan tidak salah jika perkahwinan itu adalah disebabkan oleh persetujuan pasangan itu sendiri serta mendapat restu kedua ibu bapa mereka
.



so,apa mcm kawan2? dah buat keputusan ker nak kawin awal ke tak? ermm bagi aku xkisah la kawin muda ker,dewasa ker,lanjut usia ker...asalkan kalau jodoh tu dah sampai dan dah dapat restu dari keluarga, aku ON jer..hahaha..(sebenarnya xsabar)...
apa2pon, sebaiknya berdoa supaya jodoh yang dititipkan buat kita nanti adalah jodoh yang soleh/solehah dan boleh membimbing dan juga rumahtangga yang dibina kelak jgn sekadar hangat2 tahi ayam jer,mudah2an kekal la sampai hujung nyawa hendaknya...amiin...

p/s: dah berangan nak kawin ala2 garden wedding gitu pastu honeymoon kat undiscovered island...ermmm...besh2...

Thursday, February 10, 2011

STreSsS!!!

Salam blogger..penah x korang sume stress?? mustahil xpenah kan...ishh...apa punye solan la ak tnye..huhu..
currently ak mmg tgah STRESS sangat2...sbb tu lah tyme mcm ni pon still xleh tido...aduuiih...pening sgt kepala ak nie mcm nk pecah! so sesape yg tgah berbelog walking kat blog ak nih, silesile lah tinggalkan skit tips mcm mana nk ilangkan rase stress n tension nih! siyes xsanggup sgt..bkn apa, kalau stress je kompem ak akan rase nk makan n mutiara(jerawat) mula lah tumbuh kat muka ak yg sedia ada broken ni..hahaha...
okeylah, ngantok..nk tido n reducekn stress nie...bye peeps!

Sunday, February 6, 2011

RINDU SETENGAH MATI kepadamu~~~

Aku ingin engkau ada disini
Menemaniku saat sepi
Menemaniku saat gundah
Berat hidup ini tanpa dirimu
Ku hanya mencintai kamu
Ku hanya memiliki kamu
Aku rindu setengah mati kepadamu
Sungguh ku ingin kau tahu
Aku rindu setengah mati
Meski tlah lama kita tak bertemu
Ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu
Aku rindu setengah mati kepadamu
Sungguh ku ingin kau tahu
Ku tak bisa hidup tanpamu
Aku rindu..

rindu tu normal kan? tapi kalau rindu kat pakwe org mcm mana?hahhaha...normal lagi ker tu?hahaha..bergantung atas keadaan kot..kalau rindu sajer2 xper kot jgn rindu berserta cinta dah ler...tp why not kan... baru pakwe org kot..belum suami org lagi..kankankan??haha...*memang gile kentang lah!!haah...ye...ak mungkin gila...tp nk wat mcm mana..dye yg buat ak gila..so dye yg harus bertanggungjawab..haha...ceewah ayat....people read,people jugde..yup..mmg betol..but i dont care what others think bout me...as long as im happy with my life...every single word yg aku post kat cnie ada makna disebaliknya..hnya aku,mereka2 yg mngetahui dan Pencipta saja yg tahu isi nya...
so, rasa rindu ini biar ak semat dalam hati jer...sesape yg pernah dan sedang dlm derita merindui seseorang mungkin akan faham perasaan aku...kerna rasa ini bukan ak yg pinta tp ianya hadir dan mekar hingga ke lubuk hati...
"Ya Allah, kalau benar ini jalan yg Kau tuliskan utk aku, maka permudahkanlah bagiku...namun kalau ini bukan jalanku,maka turunkanlah petandaMu...hnya padaMu Ya Allah aku mengadu rasa ini.. hindarilah rasa rindu aku sesama manusia melebihi rasa rinduku padaMu Ya Rabbi dan kekasihMu Rasulullah SAW... Amiiin..."



Saturday, February 5, 2011

JAWAPANNYA..................................

merujuk kepada entry yg sebelum nie...tetibe ak dpat satu jwapan yg pasti setelah ak fikir sedalam2nya dan ak rase itu yg aku yakin dan yg terbaek buat aku..jawapanya... aku xakan sesekali lupakan yg lama...sama ada dlm persahabatan mahupun percintaan kerana yg lama dah cukup sebati dlm hati aku... mungkin sebab aku ni insan yang lemah dan xmampu nak lawan perasaan dulu2... kerana bagi aku, SEKALI AKU DAH SAYANG, SELAMANYA AKU AKAN SAYANG...noktah~

Friday, February 4, 2011

ADA YANG BARU, YANG LAMA DILUPAKAN?

Salam..hye semua...pe kabar? hope sihat semua k...
Ermm...tetibe ayat title ak bermain2 dlm kepala hotak ak ni n memaksa ak tuk buat entry nie...
apa yg baru..apa yg lama? BARU dan LAMA tu apa bezanya? adakah masa yg menentukan sesuatu tu baru or lama? ataupun keadaan yang menentukannya?
korang sume mesti akan setuju kan kalau ak ckap kita xboleh lupakan yg lama walaupon dh ada yg baru..kankankan??
contohnya klu ada moto baru,xleh la lupakan moto lama yg berjasa..mcm tu jgak ngan persahabatan..walau dah ada kawan baru,kawan lama tetap dihati..betul x? betul kan?
tp perkara yg nie bermain2 dlm minda aku...mcm mana kalau dlam soal hati? maksud ak dlm soal percintaan...boleh ker kalau dah ada cinta baru, cinta lama jgn dilupakan?? ermmm...apa pandangan semua?
perlu ke ingat cinta lama sedangkan dah bahagia ngan cinta baru? ermm..tu kes kalau yg bahagia..kalau kes yg xbahagia ngan cinta baru, boleh ker kalau nk ingat cinta lama?
kalau jwapan korg semua xboleh, kenapa? n kalu korang jawab boleh plak kenapa?
AKU?? erm...pndangan ak n korang mungkin berbeza..cinta baru n lama masing2 ada sesuatu yg mmbahagiakan..nk ingat xsalah jgn sampai terpengaruh..mksud ak jgn lah ingt cinta lama sampai cinta baru musnah..xgitu kwan2? tp bukan ke hidup ni mencabar? so apa2 yg berlaku sama ada dgn cinta baru or lama, go ahead, fight wit it..kita idup sekali jer...teruskan hidup dgn apa yg kita rase dan yakin...tanggung risiko itu bahaya but hasilnya insyaallah semanis madu...hehe~ aminn...
ok lah semua...asar suda... byeee.... till next time...

senior chef VS junior chef

alkisah si senior chef dgn si junior chef bermula semalam..jengjengjeng..suspen jerk..hahaha..
si senior chef ni bernama HAMDAN BIN EMBONG...(ayah aku) manakala si junior chef xlain xbukannya aku lah...perselisihan faham ni bermula apabila ak terasa nk makan homemade pizza... dgn gigihnya ak pergi GIANT magrib2 beli brg2 buat pizza...usai jer smyang magrib ak pon pantas je g msak sos pizza..(tomato paste+minced beef meat)..yumm2...mase tu ak blum buat lagi doh pizza..so ak mkn sos pizza tu ngan spagetti melayu(mee lidi)..ternyata sedap jgk la apa yg ak msak..*sorry ler kalu termenyampah ngan statement hangit tuh...i mmg suke perasan..huhu...
nk dijadikan cerita...ak terasa mlas nk buat doh tu..mklumlah kne uli tgan..kt umah ak nie mana la ada alat2 canggih mcm kt tempat ak blaja...so ak pnggillah si senior chef suh uli doh pizza ak...*selingan: sebenarnya bkn ak mls sgt,tp ak xpandai sgt nk uli2 doh pkai tgn nie..ye lah, dlu ak dah penah buat pizza yg ak uli sendiri..mmg sedap topping(bhan2 atas pizza) dye tuh tp roti dye,YA AMPUN..keras.liat n xsedap sgt2...hahaha..mybe silap teknik kot...so ak xnk perkara tu berulang lagi..da cukup sekali ak malu ngn adik2 ak..apa xmalunya, student kulinari buat pizza keras mcm papan..wat de hal!!hahaha....
berbalik pada citer ak td...so dtg la senior chef ni nk uli doh pizza...dgn selamber jer dye mixed ingredient tnpa sukat2 sgt pom..main hentam kromo jer..apa xpanas aku..karang xjadik pizza ak,mcm mana??
so ak tegurlah ckit.."daddy,timbang lah dulu planta tu..krang lembik", "daddy,garam xleh bertemu dgn yeast,nnti roti tu xnaik.", "daddy,itu bla bla bla...","daddy, itu potpet potpet..." (semua bahasa yg digunakan bknlah bahasa sebenar)...
well...cnie nk ckap ckit..my dad or si senior chef ni da diketahui ngan sikap degilnya..apa yg ak tegur2 tu ckit pon dye xlayan..ye lah..ak nie junior..dye lebih dlu mkn garam..buat ak GERAM!!
so ak biarkan je lah dye..ak surrender..*jgn ikot perangai mudah putus asa aku nih okei...
thenthenthen, doh yg my dad uli tu terlembik...hahahaha...first impression ak mmg hepy..padan muka,degil sgt..hahhaha..jahat kan ak..but lama2 ak risau..ntah jadi ke tidak doh tu..nk ditambah tepung gandum.gandum plak habis digunakan...howt2,,situasi makin panas bile tetibe dtg MEM BESARRRR, FARIDAH HARUN..(my mum)..
"hahhh!! tu lah degil sgt..xdgr ckap..kan dah lembik adunan tu..pkai hentam jer masuk air... pot pet pot pet.................."(my mum yg ckup digeruni tu membebel2 kat my dad) hahahahaha....
my dad lak jwab.."mula2 mmg lah lembik,sbb yeast dlm gandum tu blum masak..nanti2 jdi okey lah..tunggu lah dlu.."
my mum pulak balas."nk  tunggu mcm mana,ni dah lembik sgt nie..nk uli pon melekat2..ishhh.."
soooooo, sesi balas membalas terjadi antara suami isteri tuh...
sptutnya title entry ni ak letak MY MUM VS MY DAD kan?? haah lah...tp xper lah..hahaha...
Dengan kedegilan si senior chef tuh my mum plak mengalah..tinggal dye sorg2 kat dapur...klimax citer ni pon mula terjadi...doh yg my dad buat tu tetibe menjadi very nice..cantik..gebu,naik elok jer..mcm miracle jer..siyes...sume kagum include my mum...wahwahwah....my mum n aku ni ibarat mengecil je dpan my dad...hehe...sbb apa?? opkos lah sbb MALU....MALU SIOT...Tp yg aku xtahan tuh my dad. amboooiiiii..bkn main idung tinggi lagik...ciap perli2 ak ngan mak ak lagi..pe hal?? *cover malu...yg ciannya mak ak lah..mmg byak lah kne perli2 gurau ngan ayah ak..gamat seketika dapur umah aku...*selingan: happy+sebak dpt tgak family aku berkumpul ramai2 n gurau2 mcm nie...masa yg ada ni ak mnfaatkan sebaiknya sebelum ak balik shah alam...
Endingnya...kami sekeluarga dpt la mkn homemade pizza buatan si senior chef(base)  VS  si junior chef(topping)..  





yum..yum...sedap kan?? tp jgn terpedaya..ni gambar hiasan jer...pizza yg ak buat xder rupa mcm nie pon...hahahaha..xperlah...xkisah lah mcm mana pon rupa pizza ak, yg penting ak dpt cipta quality time ngn family aku...rasa tu lebih enak dan sedap dari pizza ak yg ternyata hingga menjilat jari..hikhikhik...
sampai sni jer dlu..bye all....
*p/s: have ur quality time too wit ur family...